Thursday, December 31, 2009

Kemudahan kelas pertama untuk oku di Japan

Baru-baru ini saya telah ditawarkan untuk mengikuti program latihan yang melibatkan program deafblind di japan. Semasa berada di japan untuk program di bawaj JICA. saya melihat begitu jauhnya jurang yang wujud terutamanya prasarana dan kemudahan awam untuk OKU. Disana saya melihat tiada sebarang masalah untuk oku bergerak tanpa mengira kecacatan. Semuanye lengkap dan semuanya tersedia dengan baik.Contohnya laluan pejalan khusus untuk oku disediakan baik untuk yang berkerusi roda mahupun yang buta, kemudahan lif, kemudahan pengangkutan dan simbol-simbol ada dimana2. Orang yang terlibat dalam menyediakan dan memberi perkhidmatan amat bertanggungjawab terhadap tanggungjawab mereka. Dimalaysia agaknya kita mungkin semakin jauh untuk manjadi seperti mereka dari segi peralatannya. namun mungkin dari segi sikap kita masih mampu untuk mengejar agar lebih baik daripada mereka.

Walaupun di negara kita terdapat tempat2 yang menyediakan kemudahan untuk oku, Namun tidak ada gunanya jika sikap kita turut ketinggalan berbanding dengan mereka. Contohnya, Tidak ada gunanya perkhidmatan bas/teksi untuk oku sekiranya, pemandu tidak mahu membantu, tidak ada gunanya perkhidmatan dan bahan yang baik disediakan tanpa dedikasi untuk memanfaatkannya. Di sana semuanya nampak sempurna dari pandangan saya. kededikasian pekerja/guru amat menyentuh hati. Mereka seperti benar2 ibubapa kepada muridnya. makan dan minum berkongsi sama. Mampukah kita seperti mereka. tepuk dada tanya selera.

Namun begitu... satu peristiwa di stesen keretapi disana membuatkan saya terfikir sejenak.... tatkala sibuta dengan tongkatnya teraba2 dijalannya dengan penuh kesesakan, tiada siapa pun yang peduli... ada yang terlanggar dengan bersahaja. Mungkin mereka merasakan kemudahan yang ada sudah cukup untuk mereka melepaskan tanggungjawab sosial mereka. Mungkin juga insan OKU lebih yakin untuk bergerak sendiri tanpa pertolongan. Semuanya menjadi tanda tanya?. perlukah kita membiarkan mereka walaupun sudah ada kemudahan tersebut.?

Pada pandangan saya, walaubagaimanapun kita maju, melengkapkan kemudahan untuk mereka namun nilai-nilai sosial janganlah diabaikan. Sekian.

Mungkin kelemahan itulah yang mampu kita atasi sekiranya kita mampu setanding dengan mereka.