Saturday, October 31, 2009

Kumpulan Braille Dots generasi baru

Setelah saya ditempatkan pertama kalinya di PES, pengalaman saya bersama kumpulan muzik baru " braille dots " adalah sesuatu pengalaman yang sangat berharga. Saya telah diminta oleh guru besar ketika itu untuk menubuhkan kembali kumpulan muzik braille dots setelah ahlinya telah meninggalkan persekolahan dan telah lama kumpulan baru tidak ditubuhkan. Kebetulan opsyen minor saya adalah muzik dan saya amat meminati bidang ini. Kumpulan muzik sekolah yang dinamakan Braille Dots ( yang lama ) ini sebenarnya pernah merakamkan album. cabaran dalam menubuhkan kembali kumpulan ini, adalah sesuatu yang saya anggap satu cabaran yang besar kerana peralatan-peralatannya banyak yang sudah tiada dan telah rosak. Alhamdulilah saya mendapat sokongan yang padu daripada guru besar dan rakan-rakan dalam usaha tersebut. Saya mula melatih murid-murid yang saya jangka mempunyai potensi dan bakat. saya menjangkakan agar sukar untuk melatih pereka, kerana saya sendiri cuma berkemahiran tentang asas muzik sahaja. tetapi bakat dan pontensi murid masalah penglihatan ini dalam bidang muzik ini pada saya tiada tolok bandingnya. Bayangkan saya cuma mengajar Kod-kod asas muzik, sama ada dengan piano dan gitar atau keyboard, mereka dalam masa tidak sampai seminggu sudah boleh bermain untuk satu lagu yang diminta. Saya hanya mengajar dengan teknik kod asas dan lagu daripada tape/CD.. Semuanya murid yang berlatih sendiri, Rasanya x sampai sebulan saya telah menemukan bakat2 yang boleh digilap. namun saya sendiri tidak mempunyai kepakaran. sedangkan mereka telah melepasi apa yang saya ajar dah telah jauh menjadi lebih pandai daripada gurunya. Hebat.. dan memang hebat... Secara kebetulan telah datang seorang anggota lama kumpulan braille Dots ini iaitu sahabat saya ( Ma ). Saya berkenalan dan telah mencadangkan beliau menjadi sukarelawan di sekolah saya, Beliau mempunyai banyak kepakaran dalam aspek semua peralatan muzik. Menepati masa, dengan pesetujuan guru besar ,beliau besetuju untuk tinggal bersama kami di sekolah. Bermulalah detik-detik peningkatan demi peningkatan kumpulan ini. Ada yang gembira dan pastinya ada yang tidak gembira ( maklumlah muzik ). Apapun niat untuk yang baik dalam melaksanakan amanah dan disokong dengan kepimpinan yang baik, maka penubuhan terlaksana dan sudah mampu untuk membuat persembahan di tempat awam.

Pesembahan pertama adalah di MAWAR Johor bahru pada tahun 1999,( bermaksud hampir dua tahun usaha dilaksanakan telah mencapai matlamat ) sempena majlis perkahwinan tokoh terkenal sebuah syarikat kereta. Bayaran dan sumbangan bagi persembahan itu adalah RM5,000.00 Ringgit, maka wang tersebut diagihkan kepada murid-murid, tabung kumpulan dan pekerja yang membantu menguruskan peralatan. Alhamdullilah buku-buku akaun murid telah dibuka untuk persediaan simpanan wang mereka. Selepas itu mula kami tidak menang tangan untuk menerima jemputan dan undangan dalam majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis kerabat diraja, majlis-majlis JPN, Jab. Pend Khas, JKM, Pihak swasta , hotel-hotel ( bebas cukai -pantai lido ), pasaraya-pasaraya terkemuka ( Sunway piramid, Plaza Kotaraya, Plaza Angsana ) dan sebagainya. sabtu dan ahad banyak dikorbankan... Namun inilah namanya bekerja.

Kehebatan kumpulan ini adalah kerana, mereka mampu untuk memenuhi permintaan lagu, mereka juga mampu untuk memainkan lagu yang hendak dinyanyikan penonton dengan Keys yang tepat dengan suara penyanyi. Setiap kali persembahan pasti ramai yang mencuba untuk menyanyi bersama kumpulan ini. Itulah bakat mereka........... . Dalam usaha mempelbagaikan persembahan kami juga menjemput penyanyi sukarelawan ( insan normal ) menjadi penyanyi bersama kumpulan ini. dengan ini bertambah berkembanglah kumpulan ini, pernah juga kumpulan ini bermain di RTM Johor, namun tidak dapat menyertai program pertandingan kugiran disebabkan faktor umur. Namun takdir penentu segala,akhirnya saya telah ditawarkan untuk sambung belajar, dan telah meninggalkan sekolah termasukah kumpulan tersebut. Pada saya, kita hanya berusaha ( pelbagai perancangan dan kertas kerja tidak dapat dilaksanakan ), ini pastinya memberikan suatu perasan yang tidak seronok dalam diri kita.

Khabarnya pemain guitar utama telah menjadi pemain muzik bersama kebudayaan negeri johor, pemain guitar bass- menjadi tenaga pengajar sebelah petang dijohor, pemain drum- juga menjadi tenaga pengajar sebelah petang di W. P kuala lumpur, ada juga diantara mereka yang telah melaksanakan perniagaan sendiri menjadi DJ majlis perkahwinan dan dengan peralatan karaoke.., ada juga yang yang masuk pengajian tahfiz, tukang urut, dan ada yang tidak dapat dikesan....

Pada pandangan saya, walaupun saya agak berjaya mengurus dan menubuhkan kumpulan tersebut ( dari aspek asasnya ) sebenar saya telah gagal untuk memperkembangkan bakat-bakat mereka kearah yang jauh lebih gemilang. Antara faktor yang saya nampak, ruang bagi mereka memperolehi sijil, ruang bagi mereka untuk bertanding, ruang bagi mereka untuk berada di pentas dunia seni amatlah terhad.. apa yang penting adalah sijil mereka, sistem kita masih tidak ada ruang dan peluang untuk mereka lebih berjaya dalam bidang muzik ini.

Adalah diharapkan usaha unit kurikulum khas penglihatan di Bahagian pembangunan, KPM, mengadakan/ merangcang kurikulum Pendidikan Kesenian selaras dengan sekolah seni kebangsaan ( peperiksaan dan ada sijil - pengiktirafan ASWARA ) dapat menghasilkan sesuatu yang bermakna hasil semua pihak yang terlibat. Semoga bakat2 mereka yang saya kira terlalu berpontensi menjadi aset yang berharga. Kepada semua pihak yang terlibat marilah kita berganding bahu bersama-sama untuk membantu menyediakan peluang dan ruang kepada mereka.

Pengalaman bersama "the braille Dots" sangat bermakna, terima kasih kepada anggota-anggota kumpulan, salam dari cikgu... wassalam.

Saturday, October 17, 2009

Pertama kali di PES

Setelah mendaftarkan diri di PES..., pihak sekolah memang sedang menanti kehadiran saya. Dikatakan saya mungkin seorang ustaz. Jelaslah mereka silap... kerana saya merupakan guru matematik minor muzik. Namun pihak sekolah menerima dengan baik sekali.. Guru besar menawarkan saya agar menginap disebuah bilik bersama rakan guru di dalam sekolah... bagi memudahkan keadaan ( guru besar prihatin ). Di sinilah detiknya, saya mempelajari serba sedikit dunia OKU penglihatan,........... Dalam masa lebih kurang 2 minggu saya menjadi orang yang x tau apa nak buat dsekolah tersebut, ( braille x tahu, rajah timbul x tau, komputer pun x pandai (zaman tu komputer payah ), brailler pun baru tengok, Jumpa murid asyik sedih, Murid mengaji atau menyanyi dengar menitis air mata, murid melompat dari tempat tinggi, berlari, bergurau, main bola,semuanya menjadi kerisauan.... bagaimanalah nak mengajar.....) Pada suatu hari saya melihat murid saya telah bergurau dan bermain diatas imbangan (jika masih ada dekat dewan makan ) saya telah menegur dan memarahi murid, kerana ianya bahaya.... murid-murid tercengang dengan keadaan itu..... sampailah saya menceritkan kepada seorang kawan.. jawapan kawan saya.... Itulah permainan diaorang, tidak perlu takut.... tidak ada sebarang bahaya, tidak ada guru pun yang menegur sebelum ini, kerana mereka telah biasa bermain demikian, mereka telah kenal kawasan mereka, dan bermain imbangan itu adalah baik untuk orientasi dan mobiliti mereka.... Saya mendapat banyak pengajaran daripada peristiwa tersebut.....

Saya mula mempelajari satu-persatu dengan cerita dan pengalaman yang dilalui..... saya mula mempelajari Kod Braille dan lain-lain.... dalam mempelajari kod braille... saya banyak belajar melalui murid, terutamanya murid IP ( MSAB) yang bersama di asrama PES, Antaranya huraizah, Zaki, Qusairi, Nasir dan banyak lagi.... kadang-kadang untuk membuat soalan atau latihan merekalah yang tolong braillekan...... namun begitu lebih kurang dalam masa 3 bulan saya telah mula agak mahir dalam Kod Braille bahasa Melayu dan Asas Matematik.....

Sebelum saya pandai braille.... teringat satu peristiwa murid tahun 3....
saya meminta murid menulis karangan ringkas tentang kesihatan... Murid saya itu begitu tekun membraille karangan tersebut. Saya begitu kagum dengan kecekapannya membraille...................... Setelah saya pungut... kertas latihan... saya menyimpan dahulu.... dan apabila saya telah boleh membaca braille, saya telah membaca di hadapan kelas....
Karangan tersebut terlulis..... Turin , Murin , Purin,,..... cam-cam lah yang bukan-bukan.... Pelajar tersebut tercengang dan terkeluar perkataan " ha... Cikgu bus pandai braille ? " maka fahamlah saya bahawa saya telah ditipu dalam membina karangan tersebut.... murid tersebut malu.... dan meminta maaf.... Jadi Awaslah kepada guru-guru yang tak pandai dan tak reti-reti nak belajar braille ..... Syukur kerana saya agak cepat dapat pandai Kod Braille... terima kasih yang membantu..

First Posting

Pada jun 1997 saya telah pun selesai menghabiskan kursus sijil perguruan asas, di maktab sultan abd. halim ( MPSAH ) sungai petani, Agak malang, pada masa itu posting ditangguhkan kerana terdapat lebihan guru. Jadi sempat jugalah saya bekerja di stesen pam minyak shell di Bandar Pusat Jengka sementara penantian tersebut. dapatlah juga menambah wang saku dalam membuat persediaan di rantau orang. Akhirnya saya mendapat panggilan telefon yang saya mendapat tempat di sekolah " nong chik johor bahru". itulah yang saya dengar dan diarahkan segera melaporkan diri tanpa perlu menungu surat. Saya pun berangkat ke johor dan mendaftarkan diri di SK Nong Chik. Setelah 2 minggu di sekolah tersebut, pihak sekolah masih belum mendapat surat yang dimaksudkan. Pihak sekolah telah menelefon JPN Johor untuk kepastian dan ternyata sebenarnya saya telah salah sekolah, Sekolah yang sepatutnya adalah SKPK ( cacat penglihatan ) Princess Elizabeth Jalan Nong Chik. Mula2 dengar memang sangat terkejut, saya ditempatkan di sekolah cacat penglihatan?... pelbagai persoalan dalam benak kepala.... Kerana saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus berkaitan dengan cacat penglihatan. Namun tuhan telah menetukan segalanya......terima kasih kawan2 yang banyak membantu di SK Nong Chik. C. Arif yang selalu tumpangkan saya untuk ke sekolah. dari segi keadaan sekolah nong chik pada masa itu, memang saya juga berharap ianya berlaku demikian..... antara faktornya boleh dikatakan separuh daripada guru disekolah itu memohon pertukaran. apa tidaknya... masa free guru guru digunakan untuk menghias kawasan sekolah ( mengecat, bertukang, tanam bunga dsbgainya ).Guru tidak dibenarkan berada di bilik guru pada masa free ( bilalah guru nak buat persediaan mengajar..... ). Dalam masa 2 minggu tersebut banyak jugalah kenangan abadi mengecat ( semua gajah menyusur ) dan membuat jadual yang besar untuk sekolah tersebut. Apa pun kerja..... kerja tetap kerja...... Semuanya hanya kenangan dan pengalaman sebegini banyak membantu pastinya.