Friday, April 16, 2010

Bermain Futsal dengan OKU penglihatan (rabun)

Bermula bulan mac yang lalu saya telah diajak oleh bekas anak murid untuk bermain futsal bersama mereka, memang mereka amat faham kerana saya sememangnya adalah orang yang suka bermain futsal, Semasa disekolah SMPK setapak dahulu, boleh dikatakan setiap petang kami akan bermain bola bersama-sama.
Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan bermain futsal dibangsar setiap pagi ahad. Saya pun mulalah bermain dengan mereka semula.
Saya sememangnya tahu mereka amat berbakat bermain futsal, mereka sebenarnya setanding dengan insan normal.

Pada 10 dan 11 april baru-baru ini mereka telah menganjurkan liga futsal. Penganjuran ini dibuat oleh mereka sendiri dengan pungutan wang bayaran oleh setiap pasukan bertanding. Tahniah kepada Saudara BENI yang mengetuai penganjuran ini. Pengurusan penganjuran amatlah memberansangkan, walaupun mereka tidak begitu ramai.. mereka juga amat bekerjasama. Orang normal dibenarkan bermain sebagai penjaga gol. Maka saya bermain untuk pasukan saya sebagai penjaga Gol.

Keputusan permainan amatlah memberansangkan bagi kumpulan kami.
Perlawanan pertama kami menang 2-0
Perlawanan kedua kami menang 5-1 (kalau x silap )
Perlawanan ketiga (4-0 ) (kalau tak silap )
Perlawanan Akhir ( 5-2 )
nampaknya saya bolos 3 gol. jenuh gak saya mengawal gawang saya.

Kami menjadi johan pertandingan futsal tersebut yang dirasmikan oleh YBG Dato ( bekas setiausaha Paklah kalau x silap)
tahniah kepada ahli pasukan yang bermaian dengan baik ( kakumaresan, shahrul, saupi, Isfhan Ismail, Muneer, Shahril , dan saya sendiri) semuanya bekas anak murid saya. tahniah... sekali lagi.

nanti kita join masuk futsal normal plak.... mudah2han....

kepada pembaca yang nak tengok diaorang bermain , datanglah Bangsar pada setiap hari ahad jam 8- 10 pagi..

Disinilah saya dapat mengenali dengan lebih rapat lagi golongan OKU penglihatan. salam tahniah buat semua tak kira yang rabun mahupun yang totally blind. ramai yang datang. Tahniah kepada En. Jaafar selaku pengerusi Persatuan pembangunan OKU penglihatan malaysia kerana turut memberi sokongan. Khabarya akan ada lagi pertandingan ini, kerana Datuk telah mengumumkan akan menaggung perbelajaannya nanti.

terima kasih.

No comments:

Post a Comment