Assalamualaikum
( pertama kali menulis blog )
Baru-baru ini saya telah ke Kompleks MAB untuk beberapa urusan tentang pembelian Kalkulator saintifik bersuara untuk dibekalkan sekolah dan program pendidikan khas integrasi masalah penglihatan dan juga peralatan keperluan unit ditempat kerja. Apabila selesai urusan tersebut, saya pun teringat bekas pelajar yang ada di kawasan brickfield tersebut lalu menelefon mereka untuk makan tengahari bersama. hasil perbualan bersama mereka terdapat beberapa isu yang menarik tentang dunia OKU penglihatan. Mereka menceritakan pengalaman memohon kerja seperti jurujual, penjaga stor, dan pelbagai kerja yang lain yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Untuk makluman pembaca mereka ini merupakan pelajar masalah penglihatan (rabun) yang memang mampu bergerak dengan sendiri, malah sewaktu bersama mereka dahulu, kami sering bermain bolasepak normal bersama. Apa yang mendukacitakan adalah kefahaman masyarakat tentang kemampuan mereka untuk berkerja. Apabila mereka pergi temuduga (rabun ), mereka telah diterima dengan baik untuk berkerja, Namun apabila pihak berkenaan meminta dan melihat sijil berhenti sekolah atau sijil yang berkaitan, mereka terus menolak dengan perkataan " oooh.. sekolah pendidikan khas cacat penglihatan rupanya " lalu penemuduga terus bersalam dengan memberitahu bahawa tidak jadi ambil berkerja. Apa sebenarnya ini? mungkin ini adalah faktornya.
1. Majikan tidak faham kemampuan OKU-
(Memandang atau kasihan kepada kekurangan -
-kasihan diaorang boleh ke buat kerja ni! macam
deralah pulak ) Andaian penulis sahaja.
Sepatutnya (Memandang kepada kelebihan dan kekuatan -
Kuat semangat diorang ni nak kerja- mesti ada
kekuatan dan kelebihan mereka yang boleh
digunakan? ( jika tidak faham, sepatutnya
dibincangkan semasa ditemuduga.
2. Kita gagal kerana telah memberikan perlabelan yang terlampau ( mungkin ada sedikit
keberuntungan bagi pelajar yang berada diprogram integrasi kerana sijilnya adalah nama
sekolah normal ) - Niat untuk memudahkan murid, memudahkan untuk memberi
perkhidmatan yang terbaik buat mereka- Tapi impaknya adalah mereka dipandang serong
oleh orang awam ( majikan ) yang kurang memahami.
3. Apabila sijil SPM diminta, maka terteralah kategori Calon Khas. ( dengan ini bertambahlah
keraguan pihak awam, walaupun murid ini menduduki peperiksaan yang sama dengan murid
normal- perbezaan tulisan braille atau rajah. ) - Sama juga ulasan seperti diatas
Kebelakang ini amat kuat kedengaran bahawa murid OKU akan diberikan kepada 3 kategori berpencapaian ( Rendah, Pertengahan, Tinggi ( mengikut arus perdana ) kerana murid ini tidak mampu mengikuti kurikulum arus perdana. Persoalannya adakah murid normal itu semuanya Aras Tinggi? , pasti ada yang peringkat pertengahan dan peringkat rendah . Sama saja.... jangan pula nanti murid pencapaian peringkat pertengahan dan rendah pendidikan khas(alternatif ) mendapat perlabelan yang lebih teruk daripada yang sedia ada. saya bukanlah tidak bersetuju dengan cadangan seperti itu, Namun kita haruslah merenung kesediaan masyarakat terlebih dahulu... ( Fokus kepada apa yang lebih penting )
Pada saya apa yang paling penting adalah pendekatan yang memberi masa depan dalam aspek kemahiran dan keperluan pengiktirafan oleh masyarakat luar. Pendekatan-pendekatan kearah peluang pekerjaan harus diusahakan dengan lebih gigih, contohnya pendidikan vokasional, kesedaran majikan, peluang kerjaya yang perlu diperbanyakan dan dipertingkatkan..
Kepada OKu yang telah memperoleh pekerjaan yang baik.... berkerjalah dengan baik, kerana andalah contoh terbaik bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan yang terbaik oleh orang awam atau majikan untuk warisan yang akan datang . Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment