Thursday, September 10, 2009

Siapakah bakal pengganti Tan Sri.

Salam....

Sebagai orang normal yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan dunia OKU penglihatan. saya rasa terpanggil untuk membincangkan tentang siapakah yang bakal menggantikan perjuang-perjuangan atau mendapat pengiktirafan yang setaraf dengan Allahyarham Y.B Ismail Salleh. beliau merupakan tokoh yang pastinya semua orang amat kagumi dengan kebolehan , kebijaksanaan dan kejayaan yang beliau perolehi.. Kini... beliau telah kembali menghadap Ilahi.

Persoalannya? Siapakah yang mampu membawa cabaran seterusnya sekurang-kurangnya setaraf dengan beliau... atau cukupkah sekadar satu contoh insan yang berjaya sepertinya sudah melambangkan kejayaan OKU masalah penglihatan.. Di dalam benak kepala saya, sering tertanya-tanya.... adakah insan lain cacat penglihatan ini mampu setanding dengannya.. mungkin saudara Mahasan yang merupakan seorang peguam, Mungkin juga DR. Osman Pensyarah UNIKL , Dr Wong ( Pensyarah OUM ) , atau saudara Zamzuri ... atau mungkin daripada kalangan guru seperti Saudara Zakaria ( SMPK Setapak ), saudara hafiz ( jabatan OKU ).

Ini adalah diantara insan yang saya kenal dan saya kira amat mempunyai ketokohan dalam membantu membawa golongan OKU masalah penglihatan ini ke era yang lebih dikagumi. Namun saya juga merasakan mungkin agar sukar bagi guru-guru atau pensyarah untuk berjuang, kerana mereka agak terikat dengan kerja2 yang lain... Namun jika ada semangat juang InsyaAllah. bagi saudara Mahasan atau Saudara Zamzuri, saya berpendapat mereka mungkin mampu untuk bergerak dengan lebih cepat dalam mencari dan membawa kedudukan yang lebih tinggi dalam memperjuangkan hak-hak Oku. Saya amat berharap lebih ramai golongan OKU penglihatan ini yang berjaya menempa nama dan sejarah kecemerlangan. Jangan kita hanya memandang kepada kejayaan dan kecemerlangan yang dibawa oleh YB. Ismail Salleh... tetapi melupakan siapakah yang harus dan wajib berjuang memartabatkan insan kurang upaya khususnya OKUpenglihatan. Justeru itu, saya mendoakan golongan ini mampu berjuang demi memartabatkan insan OKU penglihatan khususnya.

Saya memohon maaf, jika terdapat salah bicara, ianya adalah sekadar pandangan dari kotak pemikiran saya. Mungkin ada insan OKU penglihatan lain yang saya tidak kenal, tetapi merupakan insan yang mampu membawa cabaran ini, saya ucapkan selamat berjuang.

No comments:

Post a Comment