Friday, September 11, 2009

Pengalaman dibantu OKU penglihatan.

Salam

Kali pertama saya ditempatkan untuk mengajar di sekolah SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru Pada Ogos 1997. Semasa masih baru disana saya telah di panggil oleh jabatan pendidikan khas untuk berkursus ICT masalah penglihatan di MAB. Sebenarnya pada masa itu, saya memang langsung tidak biasa untuk datang ke Kuala Lumpur apatah lagi Untuk ke MAB dan penginapan tidak disediakan. Kawan saya Cikgu Zainudin menyatakan untuk meminta kawan beliau di Kuala Lumpur untuk mengambil saya di Pudu Raya. Rupanya kawan yang dimaksudkan itu adalah Buta Langsung. Memang dengan keadaan yang baru mengenal OKU penglihatan, saya pada masa itu langsung tidak yakin, namun saya terpaksa juga menerima pelawaan itu, memandangkan saya adalah buta tentang kuala lumpur.

Sewaktu sampai di puduraya, saya menunggu dengan penuh debaran. apabila berjumpa dengan sahabat tersebut kami pun bersalaman, beliau terus mengajak saya untuk beredar dan tidur dirumahnya, Sepatutnya sayalah yang membawa beliau sebagai orang celik, tetapi pada masa itu memang beliaulah yang berjalan dihadapan dan saya mengikuti... Malu rasanya.. Sampai menaiki bas dan menekan loceng untuk berhenti, sehinggalah sampai kerumahnya.. semuanya beliaulah yang melakukan.. saya hanya mengikuti... berdetik pada itu, telah tersemat dihati saya, betapa hebatnya insan OKU penglihatan ini, jika mereka diberi pendedahan dan kemudahan yang secukupnya... saya meletakan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan golongan ini.. Kini saya tidak pernah segan silu untuk belajar melalui mereka. Untuk makluman semua... saya belajar untuk membina BLOG saya ini juga melalui OKU penglihatan . Terima kasih kepada Cikgu Zakaria daripada SMPK Setapak yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar. Sebenarya setelah hampir berbelas tahun dalam dunia pendidikan khas masalah penglihatan ini, saya sebenarnya berasa amat bangga dan bersyukur ke hadrat Allah kerana saya ditempatkan sebagai guru untuk OKU penglihatan, walaupun saya langsung tidak mempunyai asas kemahiran pada asalnya. Mungkin tulisan yang akan datang saya ingin berkongsi cerita suka dan duka tentang pengalaman mengajar murid2 sebagai panduan dan teladan untuk yang berminat untuk membaca.

2 comments:

  1. same is with me. nak tau g brickfield not ask a blind person. hhehe ashamed sei up the bass when he ordered press loceng near bastion, pastu ready to send the left of view there is no shell to he

    ReplyDelete
  2. sama lah ngan aku. nak g brickfield tak tau tanya orang buta. hhehe malu sei bila naik bas dia suruh tekan loceng kat selekoh, pastu siap suruh pandang kiri ada ke tak shell he

    ReplyDelete