Saturday, October 31, 2009

Kumpulan Braille Dots generasi baru

Setelah saya ditempatkan pertama kalinya di PES, pengalaman saya bersama kumpulan muzik baru " braille dots " adalah sesuatu pengalaman yang sangat berharga. Saya telah diminta oleh guru besar ketika itu untuk menubuhkan kembali kumpulan muzik braille dots setelah ahlinya telah meninggalkan persekolahan dan telah lama kumpulan baru tidak ditubuhkan. Kebetulan opsyen minor saya adalah muzik dan saya amat meminati bidang ini. Kumpulan muzik sekolah yang dinamakan Braille Dots ( yang lama ) ini sebenarnya pernah merakamkan album. cabaran dalam menubuhkan kembali kumpulan ini, adalah sesuatu yang saya anggap satu cabaran yang besar kerana peralatan-peralatannya banyak yang sudah tiada dan telah rosak. Alhamdulilah saya mendapat sokongan yang padu daripada guru besar dan rakan-rakan dalam usaha tersebut. Saya mula melatih murid-murid yang saya jangka mempunyai potensi dan bakat. saya menjangkakan agar sukar untuk melatih pereka, kerana saya sendiri cuma berkemahiran tentang asas muzik sahaja. tetapi bakat dan pontensi murid masalah penglihatan ini dalam bidang muzik ini pada saya tiada tolok bandingnya. Bayangkan saya cuma mengajar Kod-kod asas muzik, sama ada dengan piano dan gitar atau keyboard, mereka dalam masa tidak sampai seminggu sudah boleh bermain untuk satu lagu yang diminta. Saya hanya mengajar dengan teknik kod asas dan lagu daripada tape/CD.. Semuanya murid yang berlatih sendiri, Rasanya x sampai sebulan saya telah menemukan bakat2 yang boleh digilap. namun saya sendiri tidak mempunyai kepakaran. sedangkan mereka telah melepasi apa yang saya ajar dah telah jauh menjadi lebih pandai daripada gurunya. Hebat.. dan memang hebat... Secara kebetulan telah datang seorang anggota lama kumpulan braille Dots ini iaitu sahabat saya ( Ma ). Saya berkenalan dan telah mencadangkan beliau menjadi sukarelawan di sekolah saya, Beliau mempunyai banyak kepakaran dalam aspek semua peralatan muzik. Menepati masa, dengan pesetujuan guru besar ,beliau besetuju untuk tinggal bersama kami di sekolah. Bermulalah detik-detik peningkatan demi peningkatan kumpulan ini. Ada yang gembira dan pastinya ada yang tidak gembira ( maklumlah muzik ). Apapun niat untuk yang baik dalam melaksanakan amanah dan disokong dengan kepimpinan yang baik, maka penubuhan terlaksana dan sudah mampu untuk membuat persembahan di tempat awam.

Pesembahan pertama adalah di MAWAR Johor bahru pada tahun 1999,( bermaksud hampir dua tahun usaha dilaksanakan telah mencapai matlamat ) sempena majlis perkahwinan tokoh terkenal sebuah syarikat kereta. Bayaran dan sumbangan bagi persembahan itu adalah RM5,000.00 Ringgit, maka wang tersebut diagihkan kepada murid-murid, tabung kumpulan dan pekerja yang membantu menguruskan peralatan. Alhamdullilah buku-buku akaun murid telah dibuka untuk persediaan simpanan wang mereka. Selepas itu mula kami tidak menang tangan untuk menerima jemputan dan undangan dalam majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis kerabat diraja, majlis-majlis JPN, Jab. Pend Khas, JKM, Pihak swasta , hotel-hotel ( bebas cukai -pantai lido ), pasaraya-pasaraya terkemuka ( Sunway piramid, Plaza Kotaraya, Plaza Angsana ) dan sebagainya. sabtu dan ahad banyak dikorbankan... Namun inilah namanya bekerja.

Kehebatan kumpulan ini adalah kerana, mereka mampu untuk memenuhi permintaan lagu, mereka juga mampu untuk memainkan lagu yang hendak dinyanyikan penonton dengan Keys yang tepat dengan suara penyanyi. Setiap kali persembahan pasti ramai yang mencuba untuk menyanyi bersama kumpulan ini. Itulah bakat mereka........... . Dalam usaha mempelbagaikan persembahan kami juga menjemput penyanyi sukarelawan ( insan normal ) menjadi penyanyi bersama kumpulan ini. dengan ini bertambah berkembanglah kumpulan ini, pernah juga kumpulan ini bermain di RTM Johor, namun tidak dapat menyertai program pertandingan kugiran disebabkan faktor umur. Namun takdir penentu segala,akhirnya saya telah ditawarkan untuk sambung belajar, dan telah meninggalkan sekolah termasukah kumpulan tersebut. Pada saya, kita hanya berusaha ( pelbagai perancangan dan kertas kerja tidak dapat dilaksanakan ), ini pastinya memberikan suatu perasan yang tidak seronok dalam diri kita.

Khabarnya pemain guitar utama telah menjadi pemain muzik bersama kebudayaan negeri johor, pemain guitar bass- menjadi tenaga pengajar sebelah petang dijohor, pemain drum- juga menjadi tenaga pengajar sebelah petang di W. P kuala lumpur, ada juga diantara mereka yang telah melaksanakan perniagaan sendiri menjadi DJ majlis perkahwinan dan dengan peralatan karaoke.., ada juga yang yang masuk pengajian tahfiz, tukang urut, dan ada yang tidak dapat dikesan....

Pada pandangan saya, walaupun saya agak berjaya mengurus dan menubuhkan kumpulan tersebut ( dari aspek asasnya ) sebenar saya telah gagal untuk memperkembangkan bakat-bakat mereka kearah yang jauh lebih gemilang. Antara faktor yang saya nampak, ruang bagi mereka memperolehi sijil, ruang bagi mereka untuk bertanding, ruang bagi mereka untuk berada di pentas dunia seni amatlah terhad.. apa yang penting adalah sijil mereka, sistem kita masih tidak ada ruang dan peluang untuk mereka lebih berjaya dalam bidang muzik ini.

Adalah diharapkan usaha unit kurikulum khas penglihatan di Bahagian pembangunan, KPM, mengadakan/ merangcang kurikulum Pendidikan Kesenian selaras dengan sekolah seni kebangsaan ( peperiksaan dan ada sijil - pengiktirafan ASWARA ) dapat menghasilkan sesuatu yang bermakna hasil semua pihak yang terlibat. Semoga bakat2 mereka yang saya kira terlalu berpontensi menjadi aset yang berharga. Kepada semua pihak yang terlibat marilah kita berganding bahu bersama-sama untuk membantu menyediakan peluang dan ruang kepada mereka.

Pengalaman bersama "the braille Dots" sangat bermakna, terima kasih kepada anggota-anggota kumpulan, salam dari cikgu... wassalam.

No comments:

Post a Comment