Saturday, October 17, 2009
First Posting
Pada jun 1997 saya telah pun selesai menghabiskan kursus sijil perguruan asas, di maktab sultan abd. halim ( MPSAH ) sungai petani, Agak malang, pada masa itu posting ditangguhkan kerana terdapat lebihan guru. Jadi sempat jugalah saya bekerja di stesen pam minyak shell di Bandar Pusat Jengka sementara penantian tersebut. dapatlah juga menambah wang saku dalam membuat persediaan di rantau orang. Akhirnya saya mendapat panggilan telefon yang saya mendapat tempat di sekolah " nong chik johor bahru". itulah yang saya dengar dan diarahkan segera melaporkan diri tanpa perlu menungu surat. Saya pun berangkat ke johor dan mendaftarkan diri di SK Nong Chik. Setelah 2 minggu di sekolah tersebut, pihak sekolah masih belum mendapat surat yang dimaksudkan. Pihak sekolah telah menelefon JPN Johor untuk kepastian dan ternyata sebenarnya saya telah salah sekolah, Sekolah yang sepatutnya adalah SKPK ( cacat penglihatan ) Princess Elizabeth Jalan Nong Chik. Mula2 dengar memang sangat terkejut, saya ditempatkan di sekolah cacat penglihatan?... pelbagai persoalan dalam benak kepala.... Kerana saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus berkaitan dengan cacat penglihatan. Namun tuhan telah menetukan segalanya......terima kasih kawan2 yang banyak membantu di SK Nong Chik. C. Arif yang selalu tumpangkan saya untuk ke sekolah. dari segi keadaan sekolah nong chik pada masa itu, memang saya juga berharap ianya berlaku demikian..... antara faktornya boleh dikatakan separuh daripada guru disekolah itu memohon pertukaran. apa tidaknya... masa free guru guru digunakan untuk menghias kawasan sekolah ( mengecat, bertukang, tanam bunga dsbgainya ).Guru tidak dibenarkan berada di bilik guru pada masa free ( bilalah guru nak buat persediaan mengajar..... ). Dalam masa 2 minggu tersebut banyak jugalah kenangan abadi mengecat ( semua gajah menyusur ) dan membuat jadual yang besar untuk sekolah tersebut. Apa pun kerja..... kerja tetap kerja...... Semuanya hanya kenangan dan pengalaman sebegini banyak membantu pastinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment